Ya Rasullullah..


Mari Hayati Lirik Ini..
Pemergianmu
InTeam

Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

" Penghayatan Awal Muharam 1431 "


Pada hari ini maka genaplah 1431 tahun sejak Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah.Demikianlah pentingnya penghijrahan ini sehingga tarikhnya dijadikan tarikh permulaan bagi perkiraan zaman Islam.Sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama 13 tahun lebih awal dari penghijrahan ke Madinah. Penentuan penghijrahan sebagai tarikh permulaan zaman Islam tentulah mempunyai erti yang istimewa.

Jika kita kaji sejarah Islam dan sejarah dunia kita akan dapati bahawa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. pada 1hb. Muharam tahun pertama Islam adalah satu peristiwa yang bukan sahaja membawa kesan kepada umat Islam pada ketika itu dan pada zaman ini tetapi bagi seluruh umat manusia. Dari tarikh itulah bermula perkembangan Islam dengan pesatnya ke seluruh dunia sehingga berlakulah perubahan-perubahan yang kekal hingga sekarang. Penghijrahan juga menjadi satu tauladan bagi umat Islam tentang kesabaran dan ketabahan hati dalam menghadapi penindasan dan cabaran yang mana inilah yang akhirnya membawa kejayaan.

Penghijrahan merupakan satu ikhtiar dan penyerahan kepada Allah Subhanahuwataala. Penyerahan sahaja tanpa ikhtiar tidak akan membawa kemenangan. Perjalanan dari Mekah ke Madinah yang jauh melalui padang pasir, dengan dikejar oleh musuh dan perompak adalah juga satu ujian terhadap keteguhan iman mereka yang menyertai kumpulan ini.Dan tidak syak lagi pengalaman penghijrahan telah mengukuhkan semangat pengikut-pengikut Nabi serta mengkagumkan orang-orang Madinah.

Dari peristiwa ini umat Islam di zaman-zaman yang mereka ditindas bolehlah mencari inspirasi bagi mengukuhkan semangat. Sebenarnya apa yang dihadapi oleh umat Islam sekarang tidak sebegitu berat dan teruk seperti cabaran yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam di zaman ini amat ramai. Sebahagian daripada mereka kaya-raya. Mereka memerintah wilayah-wilayah yang besar. Sudah sepatutnyalah mereka mencapai kejayaan. Tetapi mereka tidak mencapainya.Sebaliknya mereka di usir dari satu wilayah ke satu wilayah, ditakluk oleh kuasa-kuasa asing, disiksa dan dibunuh tanpa mereka boleh membuat apa-apa. Mereka cuma meraung dan merayu kepada orang lain. Di Palestin dan Lubnan mereka diserang, dibunuh beramai-ramai dan diusir dengan sewenang-wenang oleh Yahudi dan kawan-kawan mereka. Dengan pemindahan orang Palestin, kita sekali lagi melihat peristiwa penghijrahan.

Memang benar nasib buruk orang Islam sekarang disebabkan oleh perbuatan orang Yahudi dan penyokong-penyokong mereka. Kita patut salahkan mereka ini dan kita patut kutukkan mereka. Tetapi kita patut juga periksa diri kita sendiri. Apakah semangat dan ketabahan hati yang terdapat pada Nabi Besar kita dan sahabat-sahabat Baginda ada pada kita.yang penting sekali tidak sanggup berusaha atau berikhtiar untuk menuju ke arah kejayaan. Yang jelas ialah kalau kita lemah, maka kita perlu kuatkan diri kita, jika kita kurang cekap maka kita perlu berlatih untuk menguasai kecekapan, dan jika kita kekurangan ilmu maka kita mengejar ilmu. Ini semua jelas dan dituntut oleh Islam tetapi kita masih asyik berpoya-poya, masih suka mencari alasan dan sebab kenapa kita tidak mungkin buat itu dan ini, masih hendak menyalahkan orang semata-mata. Selagi kita tidak sanggup bertindak secara positif, selama itulah kita akan dipermainkan orang dan ditindas.

Memperingati detik-detik sejarah dan pengalaman tidak berguna melainkan ianya menjadi pengajaran kepada kita.Pada awal Muharam ini kita patut ingatkan balik peristiwa penghijrahan supaya kita dapat manfaat dari satu peristiwa dalam sejarah Islam yang penting ini. Awal Muharam bukan untuk berehat dari kerja atau bercuti atau perayaan tetapi adalah untuk kita memperkukuhkan nilai-nilai dan keazaman kita, mempertingkatkan keupayaan kita dalam semua bidang.Jika kita pelajar maka kita perlu belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika kita pekerja maka kita perlu kerja dengan jujur dan dedikasi. Jika kita peniaga kita perlu menjaya dan mempertingkatkan perniagaan dan perusahaan kita.Jika kita pemimpin kita perlu menumpukan lebih banyak tenaga dan usaha dalam membentuk satu masyarakat Islam yang dihormati oleh semua pihak. Pendek kata Awal Muharam adalah satu hari untuk memperbaharui azam dan tekad sebagai orang Islam yang committed kepada kebesaran agama Allah SWT dan kesejahteraan penganut-penganutnya.

Di Mekah dan di Madinah di zaman Nabi Muhammad s.a.w Islam antara sebab utama Islam berkembang ialah kerana keadilan dan timbangrasa Islam. Kerana ini jugalah Islam dihormati dan disegani. Pada satu haribulan Muharam ini kita perlu ingatkan diri kita bahawa keangkuhan kuasa tidak ada tng Islam kita pelihara, hak orang lain kita jaminkan mengikut ajaran Islam. Dengan ini bukan sahaja Islam akan dihormati tetapi penindasan terhadap orang Islam yang menjadi minoriti di negara lain dapat dikurangkan.

Satu haribulan Muharam patutlah dijadikan satu tarikh untuk kita semua merenung dan mengkaji sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. terutama penghijrahan dari Mekah ke Madinah. Dengan ini saya mengucap selamat mencontohi semangat penghijrahan dalam semua perjuangan hidup dan mati kita. Mudah-mudahan kita akan mendapat nikmat daripadanya; Insyaallah.SALAM Maal Hijrah 1431.

Dipetik daripada :http://idhamlim.blogspot.com/(Perutusan Awal Muharam 1431)

"Dimanakah Dalil Perlaksanaan Sesuatu"

baca dan fahamkan layari
http://mujahidazhar.blogspot.com/2009/09/dimanakah-dalil-pelaksanaan-sesuatu.html

"JANGAN LARI DARI LANDASAN AGAMA"


SALAM KEMBALI...sekian lama AKU menyepi dengan artikal-artikal yang boleh disebarkan,walaupun sekadar copy & paste sahaja,janji apa yang hendak disampaikan dengan niat yang baik dan ikhlas.Semua manusia inginkan perubahan.Sedangkan org yahudi laknatullah tidak berhenti menyampaikan dakyahnya menggunakan pebagai cara untuk memusnahkan dan merosakkan org Islam hinggalah jatuhnya KHILAFAH ISLAMIAH.Dimanakah sensetivity kita selaku org ISLAM??Bukan memperjuangkan MELAYU semata-mata.Apakah tindakan kita??Apakah kita buta dengan sejarah islam @ sejarah yang kita peroleh sewaktu belajar dahulu telah diputar belitkan??Fikir-fikirkan.Hari ini AKU melihat sebenarnya kita bagaikan tertipu malah ditipu dgn pemikiran yang disebarkan oleh dakyah-dakyah yang ingin merosakkan ISLAM dan diamalkan org oleh org ISLAM itu sendiri dan Dakyah yahudi bejaya memperdayakan kita dan merosakakan pemikiran kita.Semua ini adalah perancangan yahudi semata-mata.

Artikal AKU sebelum ini tentang pemakaian wanita masa kini yang menjadi ikutan dan Tren kaum Hawa.Kadang-kadang pening jugak melihat macam-macam jenis tren masa kini yg menular ke atas kaum hawa.Tak tahu nk salahkan siapa??Rasa-rasa siapa??

Kalau kita lihat dari awal didikan yang kita terima mcm itulah hasilnya,tp tidak semestinya disebabkan didikan yg baik boleh menghasilkan akhlak yg baik,kerana masih wujud kawan-kawan dan dunia luar yang tiada batasan yang semakin maju yg boleh mempengaruhi diri kita,dan akhir sekali diri kita yg perlu menilai dan mengkaji antara baik dan buruknye perkara tersebut.Setiap gerak kerja atau tindakan kita mestilah kembali kepada agama dan selaras dgn Al-Quran dan As-sunnah.

Semua orang mempunyai prinsip yang mana prinsip inilah yang membawa kita kepada nilai-nilai yang di idamkan,kebiasaan prinsip setiap orang sgt berbeza dengan orang lain.Dan prinsip haruslah dinobatkan dan di patrikan di dalam hati seolah-olah suatu perjanjian.Prinsip seseorang haruslah ada dan wujud dan juga merupakan pendirian dan ketetapan kita.Perlulah diingat yang mana prinsip yg dibina mestilah berlandaskan syarak’ dan kembali kepada agama.Kebiasaan ramai yg mempunyai prinsip yang tidak mengikut landasan agama dan syarak’ dan bertentangan dgn Agama Islam,nafsu semata-mata.

Prinsip dan Undang-undang,merupakan suatu yg tidak pernah sama dgn hati setiap manusia.Undang-undang yang berlandaskan syarak’ wajib untuk kita patuhi dan undang-undang yg dicipta oleh manusia (hukun taazir)selagi mana berlandaskan syarak'dan pendapat ulama mengikut situasi dan keadaan tempat tersebut.AKU berasa sgt bersyukur dgn keberadaan AKU disini sudah terbina dan wujud undang-undang.Dimana-mana kita berada mesti ada undang-undang yang dibina,dan haruslah kita ikuti.Hukum Tuhan adalah hukum yg adil wajib diikut dan Pahala dan Dosa menjadi habuan keatas sesiapa yang mematuhi @ mengingkarinya mahupun Undang-undang ciptaan manusia (hukum taazir).Adakah wajib ikut Undang-undang yg dibina oleh manusia?Kebiasaan Undang-undang ciptaan manusia dibina atas menjaga maslahah umum atau tidak umum didalam kehidupan manusia.Undang-undang ciptaan manusia yg berlandaskan agama,serta diambil oleh kalam dan pendapat ulama’ dan juga sepakatan yg dibincangkan wajib dipatuhi.
Firman Allah :
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam (surah Ali Imran:ayat 19)

Nak cerita bab hukum dan undang-undang AKU ni tak la hebat sgt jadi tak mahu la cerita panjang takut merapu pulak.Jadi ape yang nk AKU sampaikan adalah setiap apa yg dilakukan hendaklah kembali dan merujuk kepada agama dan jadikan prinsip kita sebahagian drpd iman dan agama.Dan patuhilah Undang-undang yg wujud dan terbina selagi mana berlandaskan Syariat Islam yang semestinya boleh mendidik jiwa-jiwa setiap insan insyallah.

Perutusan Aidilfitri Presiden PAS

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.
Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.
Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka.
Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Ikhlas,
Presiden PAS

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-52


Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta'ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Dan 'obor' kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi'e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub'ie yang terkenal.

Kata Rubi'e, "Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat".

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.

Sekian, Wassalam_

Dipetik Dari (http://www.harakahdaily.net/)

PAKAIAN MASA KINI.....


Salam kpd teman-teman..kali ini nak kongsi bab model-model pakaian..eh silap..huhu..nk bincang tentang gaya pakaian masa kini yg merunsingkan aku..sblum tu nk mintak maap la kpd kaum wanita yg merasakan tajuk yg aku bawa ni mengganggu dan kurang menyenangkan..tetapi aku merasakn sesuatu yg perlu aku katakan..tetapi susah nk di kata..kdag2 terlintas dlm fikiranku..ape yg menyebabkan terjadi begitu..apa yang menarik??mungkin ini adalah salah satu serang saraf yang di bawa oleh org yg nk merosakkan Agama Islam dan Orang Islam itu sendiri..

Aku teringat peribahasa "sbb nila setitik habis susu sebelanga" faham x??diesebabkan sorang shj,ramai yg dapat dosa..yela,pakai pakaian yg menjolok mata,kemudian dilihat oleh mata-mata yang tidak bertanggungjawab..sape yg dapat dosa??siapa yg lebih bnyak mendapat pingat dosa??ermm...fikirkan la.."Allah tidak akan mngubah nasib seseorg,jika diri sendiri tidak mahu mngubahnya"..
Bab aurat ni kalau dh balingh kena la amik berat..bukan tak tahu hukum..sje bwt-bwt tak tahu..bg aku la,semua org tahu bab hukum aurat ni..
Bagi Mazhab Shafie aurat wanita selain daripada tapak tangan dan wajah shj..dan banyak lg pandangan dari Mazhab-mazhab lain..fikirkan..kita kan Mazhab Imam Syafie..sblum kita mengetahui dari Mazhab yang 4 lain lebih baik kita mengetahui Mazhab kita sendiri terlebih dahulu..:)................

Selaku seorang Muslimah sejati perlulah menunjukkan contoh yang baik terhadap agama-agama lain..dan juga dapat menjaga maruah diri dan memelihara agama Allah.. "panaslah pakai pakaian cmni"???....panas lagi di akhirat nnti..fikirkanlah.. Firman Allah :

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ

Maksud ayat: " Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
"Surah Al-Imran ayat:(110)

sekian sahaja..renungkanlah dan hayati ayat Allah ini.....